AGENDA

Dua kenderaan UNICEF bawa lima kanak-kanak ditembak di Gaza

24 Jul 2024, 1:20 AM
Dua kenderaan UNICEF bawa lima kanak-kanak ditembak di Gaza

ANKARA, 24 JULAI: Dua kenderaan milik Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ditembak di Semenanjung Gaza pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.

"Dua kenderaan UNICEF yang jelas ditanda dengan lambang pertubuhan itu ditembak peluru hidup hari ini ketika menanti di tempat yang ditetapkan berhampiran pusat pemeriksaan Wadi Gaza," kata Pengarah Serantau UNICEF untuk Timur Tengah dan Afrika Utara, Adele Khodr di platform X.

Kenderaan terbabit "dalam perjalanan untuk menyatukan semula lima kanak-kanak, termasuk seorang bayi dengan bapa mereka," katanya sambil mendedahkan bahawa satu daripada kenderaan terkena tiga tembakan.

Tiada kecederaan dilaporkan.

"Pasukan berjaya meneruskan misi dan menghantar kanak-kanak itu dengan selamat," kata pegawai PBB itu.

Beliau mengesahkan bahawa ini adalah insiden kedua yang melibatkan kenderaan UNICEF dalam misi kemanusiaan di Gaza dalam tempoh 12 minggu lalu.

Israel menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam yang berterusan di Gaza sejak 7 Oktober.

Lebih 39,000 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan hampir 90,000 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

-- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619