ADN

Peluang jalani saringan kesihatan percuma di Pandamaran Ahad ini

22 Jul 2024, 2:25 AM
Peluang jalani saringan kesihatan percuma di Pandamaran Ahad ini
Peluang jalani saringan kesihatan percuma di Pandamaran Ahad ini

SHAH ALAM, 23 JUL: Orang ramai berpeluang mendapat saringan kesihatan secara percuma menerusi program Selangor Saring di Dewan Sukan Pandamaran, Klang, 28 Julai.

Menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandamaran, saringan yang bermula 9 pagi hingga 3 petang menyediakan ujian jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan barah.

Tony Leong Tuck Chee berkata selain itu orang ramai turut perluang menjalani pemeriksaan gigi, telinga, mata dan fisioterapi.

"Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program saringan kesihatan di kawasan Pandamaran

"Mereka yang mempunyai masalah pendaftaran boleh menghubungi Selcare di talian 1800-22-6600," katanya di Facebook.

Beliau berkata orang ramai boleh mendaftar Selangor Saring di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) semudah empat langkah berikut:

  • memuat turun SELangkah
  • tekan butang Selangor Saring
  • isi borang soal selidik
  • pilih lokasi dan tarikh program

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024 Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Awal bulan ini, saringan kesihatan percuma itu telah diadakan di DUN Paya Jaras, Dengkil, Sungai Tua dan Batu Tiga.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619