SELANGOR

Peminat e-sukan bangga Selangor Red Giants harumkan nama negara

18 Jul 2024, 4:25 AM
Peminat e-sukan bangga Selangor Red Giants harumkan nama negara
Peminat e-sukan bangga Selangor Red Giants harumkan nama negara
Peminat e-sukan bangga Selangor Red Giants harumkan nama negara
Peminat e-sukan bangga Selangor Red Giants harumkan nama negara

Oleh SHAHRIENA RUKHAINI MOHD SHUKRI

SHAH ALAM, 18 JULAI: Rata-rata peminta e-sukan melahirkan rasa bangga atas kemenangan pasukan Selangor Red Giants (SRG) pada kejohanan Mid Season Cup (MSC) Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024, Isnin lalu.

Pelajar, Dzarul Iqbal, 18, berkata dia kagum melihat strategi yang digunakan pasukan SRG dalam perlawanan dan bersorak gembira sebaik diumum sebagai pemenang.

[caption id="attachment_652775" align="aligncenter" width="519"] Adam Zidan, 15, ketika tinjauan sekitar Shah Alam pada 16 Julai 2024. Foto FARHAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Saya menyaksikan perlawanan itu bersama rakan-rakan. Strategi SRG dalam permainan itu memang menggagumkan. Kami bersorak bila SRG menang dan rasa bangga," katanya kepada Media Selangor.

Bagi Adam Zidan, 15, kemenangan SRG membuktikan Malaysia mampu menempa nama di peringkat antarabangsa menerusi e-sukan.

"Saya bangga Selangor menang, ini membuktikan Malaysia boleh bersaing dan menang dalam pelbagai acara sukan di peringkat dunia termasuk e-sukan," katanya.

[caption id="attachment_652776" align="aligncenter" width="510"] Danila Alisya, 17, ketika tinjauan sekitar Shah Alam pada 16 Julai 2024. Foto FARHAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Danila Alisya, 17,  pula teruja kemenangan SRG dapat mengharumkan nama negara dan berpendapat e-sukan membuka peluang kepada anak muda beraksi di pentas antarabangsa.

"Cuma nasihat saya, adik-adik yang nak main permainan dapat bahagikan masa antara pelajaran dan permainan supaya berjaya dalam kedua-dua bidang sekali," katanya.

SRG melakar sejarah tanah air apabila menjuarai kejohanan MSC hasil kemenangan 4-3 ke atas pasukan Filipina Falcons AP Bren Sport di Amazon Arena Riyadh.

Mereka membawa pulang trofi kejuaraan selain wang tunai AS$1 juta (RM4.6 juta) manakala Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman selaku pemain paling bernilai memenangi AS$50,000 (RM235,000).

[caption id="attachment_652602" align="aligncenter" width="500"] EXCO Belia dan Sukan Najwan Halimi bergambar bersama pemain pasukan Selangor Red Giants (SRG) yang menjuarai kejohanan Mid Season Cup (MSC) Mobile Legend Bang Bang di Riyadh, Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 17 Julai 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619