AGENDA

Malaysia sedia perkukuh kerjasama dengan Filipina dalam pertanian

18 Jul 2024, 2:32 AM
Malaysia sedia perkukuh kerjasama dengan Filipina dalam pertanian

KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Malaysia bersedia untuk menandatangani surat hasrat (LOI) dengan Filipina bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang teknikal dan perdagangan pertanian, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata perkara tersebut dibincangkan dalam pertemuannya bersama Duta Besar Filipina ke Malaysia Maria Angela Abrera Ponce, di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini.

“Saya dimaklumkan bahawa beliau (Maria Angela) dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Filipina untuk memperkukuh kerjasama pertanian dengan Malaysia, kerana negara kita merupakan rakan dagang terbesar bagi sektor pertanian Filipina di ASEAN,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Beliau berkata pertemuan itu, kali pertama sejak Maria Angela mula berkhidmat di Malaysia pada hujung November 2023.

Mohamad berkata beliau juga menjemput Filipina untuk menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024, dari 11 hingga 22 Sept.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619