AGENDA

Insentif Haji Muassasah akan dinaikkan kepada RM2,000 pada 2026

14 Jul 2024, 8:36 AM
Insentif Haji Muassasah akan dinaikkan kepada RM2,000 pada 2026
Insentif Haji Muassasah akan dinaikkan kepada RM2,000 pada 2026
Insentif Haji Muassasah akan dinaikkan kepada RM2,000 pada 2026

GOMBAK, 14 JULAI: Insentif Haji Muassasah akan dinaikkan kepada RM2,000 pada 2026 berbanding RM1,000 ketika ini, umum Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu bagi membantu meringankan beban jemaah haji negeri ini yang bakal menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Tahun ini kita dapat selesaikan (agihan insentif) kepada lebih 3,000 jemaah dengan setiap mereka menerima RM1,000 selepas dinaikkan daripada RM500.

“Kerajaan Negeri juga taja penuh 36 individu yang tiada satu sen pun untuk menunaikan rukun Islam kelima. Tetapi tahun 2026, 2027 kita akan naikkan insentif (haji) jadi RM2,000,” katanya di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai di sini hari ini.

[caption id="attachment_652249" align="aligncenter" width="1225"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada majlis penyampaian sumbangan kemasyarakatan DUN Sungai Tua di Kampung Melayu Wira Damai, Gombak pada 14 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Tahun ini, Kerajaan Negeri bersetuju meningkatkan Insentif Haji Muassasah dari RM500 kepada RM1,000 melibatkan peruntukan RM6 juta dan memanfaat 6,000 bakal jemaah haji.

Dalam pada itu, Amirudin yang berucap pada program serahan sumbangan kemasyarakatan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua berkata pentadbiran negeri menyedari keperluan memperkemas usaha sedia ada supaya rakyat menikmati manfaat.

“Kita perlu memperbaiki gerak kerja, memperkemas langkah dan memperbetul tindakan kita supaya rakyat dapat nikmat. Kerajaan juga dapat melaksanakan amanah dengan betul,” katanya.

Pada majlis sama, Amirudin turut menyampaikan Insentif Haji Muassasah kepada 70 individu yang selesai mengerjakan ibadah berkenaan, sumbangan kewangan DUN (65), sumbangan raya fasa dua Menteri Besar Selangor Pemerbadanan atau MBI (dua), sumbangan peribadi (satu) dan bantuan bencana (31).

[caption id="attachment_652250" align="aligncenter" width="1097"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama pengunjung pada majlis penyampaian sumbangan kemasyarakatan DUN Sungai Tua di Kampung Melayu Wira Damai, Gombak pada 14 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619