BERITA UTAMA

Pusat lelongan produk tani Sijangkang beroperasi Ogos depan

13 Jul 2024, 2:00 AM
Pusat lelongan produk tani Sijangkang beroperasi Ogos depan
Pusat lelongan produk tani Sijangkang beroperasi Ogos depan

KUALA LANGAT, 13 JULAI: Pusat Lelongan Agro Selangor (PLAS) dibuka di Sijangkang yang akan beroperasi Ogos depan, menurut EXCO pertanian.

Ir Izham Hashim berkata pusat jualan seluas dua ekar itu mempunyai pelbagai produk pertanian keluaran usahawan tempatan seperti daging, ikan, sayuran dan buahan.

“Apabila adanya lawatan kerja di Jepun dan Korea, kita melihat konsep pusat lelongan ini antara kaedah paling berkesan dan mengambil keputusan membukanya di Sijangkang.

“Pusat lelongan ini akan menggunakan sistem bidaan secara manual dan dalam talian iaitu aplikasi internet kebendaan (IoT) bagi memudahkan usahawan membida produk masing-masing,” katanya.

Beliau ditemui ketika meninjau pusat lelongan tersebut di Batu 7, Sijangkang di sini semalam.

[caption id="attachment_652069" align="alignnone" width="870"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim meninjau reruai sayur segar di Pusat Lelongan Agro Selangor (PLAS) Kohijrah di Sijangkang pada 12 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Bagi memastikan pusat lelongan itu beroperasi dengan kaedah terbaik, Izham berkata Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) akan memastikan semua produk dalam keadaan berkualiti.

“Kita akan menjaga kualiti dan harga bagus… tiada sebab masyarakat untuk menolaknya. Selain itu, kita melakukan pelbagai promosi harga menjunam untuk menarik minat.

“Oleh itu, kita seru kepada usahawan atau pembekal yang mempunyai produk pertanian untuk menghubungi Kohijrah untuk membida, pendaftaran dijangka dibuka minggu hadapan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619