BERITA UTAMA

55 Bas Smart Selangor papar lokasi pelancongan menarik melalui iklan panel 

11 Jul 2024, 6:00 AM
55 Bas Smart Selangor papar lokasi pelancongan menarik melalui iklan panel 
55 Bas Smart Selangor papar lokasi pelancongan menarik melalui iklan panel 
55 Bas Smart Selangor papar lokasi pelancongan menarik melalui iklan panel 

SHAH ALAM, 11 JULAI: Sebanyak 55 Bas Smart Selangor dilengkapi iklan panel bagi mempromosi lokasi pelancongan menarik di seluruh negeri sempena Tahun Melawat Selangor 2025.

EXCO Pelancongan berkata kempen pengiklanan dengan peruntukan RM250,000 itu melibatkan promosi bagi sembilan daerah di Selangor dengan sokongan lima pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut Dato' Ng Suee Lim PBT terlibat adalah Majlis Bandaraya Shah Alam; Majlis Bandaraya Petaling Jaya; Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Perbandaran Kajang.

[caption id="attachment_651733" align="aligncenter" width="931"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan Dato' Ng Suee Lim selepas pelancaran iklan panel belakang Bas Smart Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 11 Julai 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Bas Smart Selangor merupakan antara medium pengangkutan awam utama di Selangor dengan lebih 160 bas beroperasi di seluruh negeri membabitkan lebih 50 laluan dan 5.37 juta penumpang direkod tahun lalu.

"Ini menjadikan Bas Smart Selangor sebagai salah satu medium promosi yang berkesan dalam pengenalan awal terhadap Tahun Melawat Selangor 2025 di pasaran domestik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Iklan Panel Belakang Bas Smart Selangor yang dirasmikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di pekarangan Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Suee Lim berkata kempen yang turut mendapat kerjasama Rapid Bus Sdn Bhd itu merupakan strategi Tourism Selangor melibatkan pihak swasta bagi pembangunan pelancongan di negeri ini agar lebih efektif.

Jelasnya, panel iklan Bas Smart Selangor itu akan mempamerkan beberapa lokasi tarikan pelancongan antaranya Taman Tema Sunway Lagoon, Kajang Once Upon A time Heritage Walk, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan SS15 Subang Jaya.

"Kerjasama antara Tourism Selangor dan Bas Smart Selangor membuka peluang kepada operator produk pelancongan di negeri ini untuk menarik pelancong tempatan dan antarabangsa," katanya.

[caption id="attachment_651734" align="aligncenter" width="976"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melihat paparan iklan bersama EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan Dato' Ng Suee Lim selepas pelancaran iklan panel belakang Bas Smart Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 11 Julai 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619