AGENDA

Negara rugi lebih RM25 bilion tahun lalu akibat kemalangan jalan raya

11 Jul 2024, 3:04 AM
Negara rugi lebih RM25 bilion tahun lalu akibat kemalangan jalan raya
Negara rugi lebih RM25 bilion tahun lalu akibat kemalangan jalan raya

SHAH ALAM, 11 JULAI: Malaysia menanggung kerugian lebih RM25 bilion tahun lalu akibat kemalangan jalan raya, mewakili 1.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kenaikan berbanding anggaran kerugian tahun terdahulu merujuk statistik kematian dan kecederaan parah dilaporkan polis, lapor Berita Harian.

"Berdasarkan statistik itu, negara dianggarkan mengalami jumlah kerugian hampir RM18 bilion pada 2010 iaitu 2.2 peratus daripada KDNK.

[caption id="attachment_577908" align="alignleft" width="361"] Menteri Pengangkutan Anthony Loke menunjukkan aplikasi harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah pada sidang media di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya pada 17 April 2023. Foto BERNAMA[/caption]

"Ia meningkat kepada lebih RM25 billion pada 2023," katanya seperti dilaporkan portal itu.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Labis Pang Hok Liong berhubung jumlah kerugian ditanggung akibat kemalangan jalan raya setiap tahun dan langkah efektif bagi mengatasi masalah itu.

Mengulas langkah efektif bagi mengatasi masalah tersebut, Loke berkata Kementerian Pengangkutan membangunkan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2022-2030 (PKJRM 2022-2030).

Jelasnya, pelan itu bagi mencapai pengurangan jumlah kematian akibat nahas jalan raya sekurang-kurangnya pada kadar 50 peratus menjelang 2030, selaras seruan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619