AGENDA

Tiga beranak nyaris lemas selepas kereta dinaiki terbabas masuk sungai

7 Jul 2024, 2:00 PM
Tiga beranak nyaris lemas selepas kereta dinaiki terbabas masuk sungai

KANGAR, 7 JULAI: Pasangan suami isteri serta anak lelaki mereka berusia tiga tahun nyaris lemas selepas kereta jenis Proton Pesona dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Jalan Kangar-Alor Setar, Kampung Tok Pulau dekat sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis Penguasa Kanan Bomba I Mohd Zaidi Ma’at berkata bagaimanapun pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an bersama anak mereka terselamat namun wanita dan anak itu didapati tidak sedarkan diri ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Beliau berkata pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Empat menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.11 petang dan tiba di lokasi itu lima minit kemudian untuk operasi menyelamat manakala operasi itu tamat pada jam jam 4 petang.

"Setibanya pihak bomba di lokasi kejadian didapati tiga mangsa berkenaan berjaya diselamatkan orang awam.Namun, ibu dan anak itu tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan pernafasan cemas (CPR) sebelum dibawa ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata lelaki itu bersama isteri dan anak mereka dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619