ad
BERITA UTAMA

Tambah keselesaan, khidmat van transit jalani ujian konsep

5 Jul 2024, 6:01 AM
Tambah keselesaan, khidmat van transit jalani ujian konsep
Tambah keselesaan, khidmat van transit jalani ujian konsep

SHAH ALAM, 5 JULAI: Pengujian konsep (POC) terhadap perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) dilaksana bagi memastikan skim memberi impak tinggi kepada negeri.

EXCO Mobiliti Ng Sze Han berkata proses yang berakhir bulan ini dilaksanakan syarikat pengendali Asia Mobility Sdn Bhd dan Badan Bas Coach Sdn Bhd.

“Proses POC projek rintis DRT ini akan memberikan hasil dapatan dalam mengenal pasti keberkesanan perkhidmatan DRT di Selangor. Hasil ini akan menjadi panduan sekiranya perkhidmatan DRT dilaksanakan sepenuhnya.

[caption id="attachment_650828" align="alignleft" width="352"] EXCO Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti Ng Sze Han menjawab soalan dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-15 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 5 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Pengujian berakhir Julai tahun ini. Maklum balas diterima daripada pengguna setakat ini dari aspek keselamatan, kondisi kenderaan, keluasan radius perkhidmatan, lokasi tumpuan serta tahap kesedaran rakyat berhubung skim,” katanya sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

DRT yang beroperasi di luar laluan bas berperanan menghubungkan penduduk ke laluan bas dilancar sempena Sidang Kemuncak Niaga Antarabangsa Selangor (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Oktober tahun lalu.

Menerusi belanjawan tahun ini, negeri memperuntuk RM25 juta bagi memperkasa pengangkutan awam dengan RM22 juta diagih kepada 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk meneruskan pelaksanaan Bas Smart Selangor.

Baki RM3 juta pula diagih untuk Selangor Mobiliti Fasa Pertama merangkumi perkhidmatan van DRT untuk melengkapkan ekosistem pengangkutan awam negeri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.