AGENDA

Harga petrol, diesel kekal hingga 10 Julai

3 Jul 2024, 10:41 AM
Harga petrol, diesel kekal hingga 10 Julai

KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter dari 4 hingga 10 Julai.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan, kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa kadar itu ditetapkan berdasarkan kepada harga produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,”  menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619