AGENDA

Dua anggota polis didakwa peras ugut, minta RM600

3 Jul 2024, 8:17 AM
Dua anggota polis didakwa peras ugut, minta RM600

KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memeras ugut seorang lelaki dengan meminta wang RM600, tiga bulan lepas.

Koperal Mohd Firdaus Abdul Samad, 36, dan Lans Koperal Mohamad Firdaus Abu Bakar, 31, didakwa melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada Teo Kok Yong, 43, iaitu satu bencana akan berlaku kepadanya dan mendorong mangsa menyerahkan wang RM600 kepada kedua-dua tertuduh di tepi Jalan 2/125, Desa Petaling, Cheras di sini pada 11 pagi, 24 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya R. Harvind tidak menawarkan jaminan manakala peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed memohon jaminan rendah atas alasan kedua-dua anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Sept ini untuk sebutan semula kes.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619