AGENDA

Polis siasat lima anggota dipercayai peras ugut wanita Taiwan

20 Jul 2025, 6:30 AM
Polis siasat lima anggota dipercayai peras ugut wanita Taiwan

KUALA LUMPUR, 20 JULAI: Polis membuka kertas siasatan tatatertib terhadap lima anggotanya yang disyaki terbabit dalam kejadian memeras ugut wanita warga Taiwan di kawasan SS2, Petaling Jaya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar berkata lima anggota terbabit sudah ditahan sebelum ini, namun permohonan reman terhadap mereka ditolak mahkamah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan tatatertib juga dibuka sebagai siasatan selari.

“Setakat ini semua anggota terbabit telah ditukar ke penugasan lain sementara siasatan dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita warga Taiwan menerusi perkongsian di laman sosial, mendakwa diperas ugut semasa ditahan anggota polis ketika sekatan jalan raya di kawasan SS2, Petaling Jaya 7 Julai lalu.

Shahrulnizam berkata siasatan awal mendapati kejadian terbabit berlaku ketika pemeriksaan sekatan jalan raya secara mengejut di lokasi berkenaan.

Beliau berkata pihaknya masih dalam proses untuk berhubung dengan mangsa kejadian bagi membantu siasatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619