AGENDA

Angka korban di Gaza kini 37,718, masih ramai terperangkap bawah runtuhan

26 Jun 2024, 2:30 PM
Angka korban di Gaza kini 37,718, masih ramai terperangkap bawah runtuhan

ANKARA, 26 JUN: Sekurang-kurangnya 60 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah korban setakat ini kepada 37,718, menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu pada Rabu.

Sementara itu, 86,377 lagi cedera dalam serangan terbabit, lapor Agensi Anadolu.

“Tentera Israel membunuh 60 orang dan mencederakan 140 yang lain menerusi empat operasi dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses kawasan itu,” menurut kementerian berkenaan.

Israel dituduh melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, dengan keputusan terbaharu memerintahkan Tel Aviv segera menghentikan operasi ketenteraan di bandar selatan Rafah selepas lebih sejuta rakyat Palestin mencari tempat perlindungan sebelum ia diserang pada 6 Mei.

-- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619