AGENDA

Menteri: Denda sehingga RM10 juta import, seludup sisa elektronik

26 Jun 2024, 7:13 AM
Menteri: Denda sehingga RM10 juta import, seludup sisa elektronik
Menteri: Denda sehingga RM10 juta import, seludup sisa elektronik

KLANG, 26 JUN: Denda maksium RM10 juta bakal dikenakan ke atas pihak yang terlibat dalam aktiviti mengimport dan menyeludup bahan buangan elektronik sama ada melalui darat atau perairan negara.

Menteri Sumber Asli Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kenaikan 20 kali ganda itu dibuat melalui pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) yang diluluskan Dewan Rakyat, Mac lalu.

Bakal dikuatkuasakan pada 7 Julai, beliau menegaskan akta tersebut sedang diwarta termasuk mengenakan hukuman penjara lebih serius berserta tindakan penalti kepada pelaku.

"Kita akan bawa laporan operasi hari ini ke Kabinet untuk penelitian. Dasar dan peraturan yang baharu agak baik tetapi penguatkuasaannya perlu dibincang lanjut,” katanya.

[caption id="attachment_649513" align="aligncenter" width="805"] Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad (dua kanan) bersama EXCO Kesihatan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin (kanan) memeriksa barangan sisa elektronik (e-waste) yang disita ketika lawatan kerja ke Pelabuhan Klang berhubung isu kemasukan kontena e-waste di Pelabuhan Barat (Westport), Klang pada 26 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau ditemui selepas membuat lawatan kerja bersama EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin ke Pelabuhan Barat berhubung isu kemasukan kontena sisa elektronik di sini hari ini.

Pada 25 Mac, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 yang bertujuan meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

Pindaan itu akan dapat memantapkan lagi penguatkuasaan, pencegahan pencemaran dan jenayah alam sekitar daripada terus berlaku dengan peningkatan kadar penalti serta kompaun.

Dalam pada itu, Nik Nazmi memberitahu sebanyak 106 kontena mengandungi sisa elektronik dirampas dalam operasi bersepadu antara 21 Mac hingga 19 Jun bagi mengekang sindiket berkenaan.

Menurutnya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan 301 kontena keseluruhannya, dengan 106 bahan buangan elektronik dianggar bernilai lebih RM8 juta, manakala selebihnya skrap logam.

"Kementerian sentiasa berusaha mengatasi penyeludupan ini. Ia tidak boleh selesai serta-merta tetapi memerlukan kerjasama pelbagai agensi,” katanya menambah kes disiasat bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619