AGENDA

Peluang orang ramai beri cadangan pelan pembangunan pendidikan baharu

24 Jun 2024, 4:10 AM
Peluang orang ramai beri cadangan pelan pembangunan pendidikan baharu

PUTRAJAYA, 24 JUN: Orang ramai disaran menyumbang cadangan bagi menghasilkan pelan pembangunan pendidikan baharu yang telah bermula 14 Mei lepas hingga 31 Disember ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan pelan baharu itu bertujuan mengantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang hampir sampai ke penghujung pelaksanaannya.

"Selaras dengan konsep whole of society approach, KPM mengalu-alukan cadangan daripada pelbagai pihak dalam bentuk memorandum atau kertas cadangan untuk membantu menghasilkan pelan pendidikan masa depan yang komprehensif dan holistik," menurut KPM dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi tujuan itu, KPM memaklumkan portal cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 telah dibangunkan bertujuan memudahkan pengumpulan maklumat, cadangan dan idea daripada seluruh masyarakat berkaitan hala tuju pendidikan negara.

Portal Cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 boleh diakses melalui pautan www.moe.gov.my/pelanpendidikan2026/public

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619