AGENDA

Enam ekor lembu lintas jalan mati dilanggar treler

22 Jun 2024, 5:11 AM
Enam ekor lembu lintas jalan mati dilanggar treler

ALOR GAJAH, 22 JUN: Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu Samah berkata kejadian berlaku kira-kira 5.10 pagi ketika pemandu berusia 33 tahun itu dalam perjalanan dari Alor Gajah menghala ke Taman Bukit Tampin, Negeri Sembilan.

"Ketika tiba di lokasi, treler dipandu lelaki itu melanggar sekumpulan enam ekor lembu yang melintas dari arah sebelah kiri jalan menyebabkan lembu terbabit mati. Pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah ke lokasi dan mengalihkan lembu berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ashari berkata siasatan awal mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan tiada saksi bebas yang tampil membuat keterangan kepada pihak polis.

Pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619