PBT

Wakil rakyat Sentosa, MBDK, NGO jalin kerjasama turun iklan haram

17 Jun 2024, 12:45 AM
Wakil rakyat Sentosa, MBDK, NGO jalin kerjasama turun iklan haram
Wakil rakyat Sentosa, MBDK, NGO jalin kerjasama turun iklan haram

KLANG, 17 JUN: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa membentuk kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menurunkan gegantung serta iklan haram di kawasan sekitar.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr G Gunaraj berkata kerjasama itu adalah bagi memastikan Klang khususnya di Sentosa bebas iklan haram.

"Semua sedia maklum sekiranya hendak meletakkan iklan atau gegantung perlu mendapatkan permit pihak berkuasa tempatan.

[caption id="attachment_648196" align="alignleft" width="500"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr G Gunaraj dan Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) Mohd Zary Affendi Mohd Arif ditemui pada perasmian Kempen Clean & Green DUN Sentosa 2024 di Lorong Dato’ Yusof Shahbudin 29A pada 16 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Bagaimanapun, ada pihak sesuka hati meletakkan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu. Berikutan itu, kita ambil inisiatif bekerjasama dengan NGO dan MBDK menurunkan gegantung serta iklan haram.

"Walaupun ini tanggungjawab pihak berkuasa tempatan tetapi kita bantu kerana akui penguat kuasa tidak mencukupi kerana kawasan Klang agak besar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kempen Clean and Green yang dihadiri kira-kira 300 penduduk setempat di sekitar DUN Sentosa semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619