PBT

MPSepang sita 260 iklan haram, keluar 10 kompaun

19 Mei 2024, 5:00 AM
MPSepang sita 260 iklan haram, keluar 10 kompaun

SHAH ALAM, 19 MEI: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyita sebanyak 260 iklan haram di sepanjang Taman Mawar Salak Tinggi dan Jalan Jenderam Salak Selasa lalu.

Operasi dijalankan anggota dan pegawai penguat kuasa unit iklan itu turut mengeluarkan 10 notis kesalahan kepada pemilik iklan tersebut.

"Iklan yang dipamerkan tidak mempunyai lesen atau permit akan dikenakan kompaun di bawah kesalahan Perkara 7 iaitu Undang-undang Kecil Iklan (MPSepang) 2007 mempamerkan iklan tanpa lesen.

"Pemilik iklan yang mempamerkan iklan tanpa lesen, perlu memohon lesen atau permit di Jabatan Pelesenan," katanya menerusi Facebook.

Antara iklan diturunkan MPSepang adalah pinjaman wang, perbaharui cukai jalan dan insurans serta pemasangan kabinet.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619