ADN

DUN Sentosa teruskan kempen Bersih dan Hijau, pupuk kesedaran jaga alam sekitar

16 Jun 2024, 8:00 AM
DUN Sentosa teruskan kempen Bersih dan Hijau, pupuk kesedaran jaga alam sekitar
DUN Sentosa teruskan kempen Bersih dan Hijau, pupuk kesedaran jaga alam sekitar
DUN Sentosa teruskan kempen Bersih dan Hijau, pupuk kesedaran jaga alam sekitar
DUN Sentosa teruskan kempen Bersih dan Hijau, pupuk kesedaran jaga alam sekitar

KLANG, 16 JUN: Ahli Dewan Negeri Sentosa meneruskan kempen Bersih dan Hijau bagi mendidik dan memupuk kesedaran kepada masyarakat kepentingan penjagaan alam sekitar.

Dr G. Gunaraj berkata kempen yang diperkenal sejak 2019 bertujuan mendidik masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar dan menjadikannya sebagai rutin harian.

[caption id="attachment_648089" align="aligncenter" width="794"] Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj berucap ketika majlis pelancaran kempen Bersih dan Hijau DUN Sentosa di Lorong Dato’ Yusof Shahbudin 29A, Klang pada 16 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Masyarakat sering membangkitkan beberapa isu seperti banjir, longkang yang harus dilakukan kontraktor tetapi sebenarnya ini merupakan tanggungjawab bersama.

"Oleh itu, kempen ini dianjurkan supaya mendidik masyarakat untuk sama-sama menjaga alam sekitar dengan memastikan rumah sentiasa bersih dan tidak membuang sampah merata-rata," katanya selepas merasmikan kempen tersebut di sini, hari ini.

[caption id="attachment_648085" align="aligncenter" width="814"] Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj dan Timbalan Datuk Bandar Klang Mohd Zary Affendi Mohd Arif bersama peserta kempen Bersih dan Hijau DUN Sentosa di Lorong Dato’ Yusof Shahbudin 29A, Klang pada 16 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Gunaraj memaklumkan pihaknya turut memperluas kempen tersebut ke peringkat sekolah bagi memupuk kesedaran awal kepada kanak-kanak.

"Kita akan laksana kempen ini di peringkat sekolah dengan adakan program kesedaran di dua sekolah  dalam masa terdekat.

"Selain itu, kita juga akan laksana program kitar semula dan menanam pokok sebagai usaha memulihara dan menghijaukan kembali alam sekitar," katanya.

Sementara itu, Timbalan Datuk Bandar Klang Mohd Zary Affendi Mohd Arif berkata penganjuran kempen berkenaan perlu dicontohi semua pihak termasuk wakil rakyat lain.

[caption id="attachment_648088" align="aligncenter" width="813"] Timbalan Datuk Bandar Klang Mohd Zary Affendi Mohd Arif ketika majlis pelancaran Kempen Bersih dan Hijau DUN Sentosa di Lorong Dato’ Yusof Shahbudin 29A, Klang pada 16 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Pendekatan diambil ini perlu dicontohi dan dilaksana semua pihak kerana dapat memupuk kesedaran pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar.

"Pelaksanaan kempen ini seharusnya diuar-uarkan di setiap komuniti supaya semua terlibat dan dapat disertai lebih ramai penduduk," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619