BERITA UTAMA

EXCO: Lebih 3,000 unit Skim Smart Sewa ditawar menjelang 2026

12 Jun 2024, 1:31 PM
EXCO: Lebih 3,000 unit Skim Smart Sewa ditawar menjelang 2026

SHAH ALAM, 12 JUN: Lebih 3,000 unit Rumah SelangorKu bawah Skim Smart Sewa akan disediakan menjelang 2026 sebagai usaha membantu pasangan muda yang baharu berkahwin.

EXCO perumahan berkata inisiatif juga merupakan strategi pentadbiran dalam memastikan rakyat negeri ini mampu memiliki kediaman sendiri.

“Menerusi skim ini, pasangan baharu mendirikan rumah tangga boleh menyewa selama lima tahan dengan harga berpatutan. Ini bantu mereka memulakan hidup baharu.

“Selepas tempoh itu, 30 peratus duit bayaran sewa mereka akan diguna sebagai deposit untuk belian Rumah Idaman atau Rumah Harapan,” kata Borhan Aman Shah.

Beliau ditemui selepas merasmikan seminar pemantapan pengurusan bangunan kediaman strata Selangor @SMART 2024 di sini hari ini.

Skim Smart Sewa memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman sendiri.

Dengan tempoh sewaan maksimum lima tahun, penyewa akan diberi pemulangan sewaan sebanyak 30 peratus daripada jumlah sewaan bersih yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan.

Menjelang 2025, Kerajaan Selangor menyasar pembinaan 60,000 unit kediaman menerusi Dasar Perumahan Rumah Selangorku 3.0.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619