AGENDA

Suami mengaku salah pukul isteri dengan batang mop, kayu besbol

11 Jun 2024, 6:17 AM
Suami mengaku salah pukul isteri dengan batang mop, kayu besbol

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan batang mop, kayu besbol dan membaling kerusi plastik berwarna putih ke atas wanita itu, bulan lepas.

Inderjit Singh, 45, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap isterinya, Sukhvinder Kaur di sebuah unit kondominium di Jalan Ipoh, Taman Rainbow, Sentul di sini pada 3 petang, 5 Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah atas alasan mempunyai tanggungan keluarga.

Hakim Hamidah Mohamed Deril membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dan menetapkan 18 Julai ini untuk jatuh hukum.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619