AGENDA

Lelaki OKU mengaku tidak salah pukul isteri dengan penyapu

23 Mei 2024, 10:00 AM
Lelaki OKU mengaku tidak salah pukul isteri dengan penyapu

KOTA BHARU, 23 MEI: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan sebatang penyapu pada 10 Mei lepas akibat perselisihan faham.

Md Syahrul Efendi Muhamad, 47, didakwa memukul Noraziati Mohd Rebuih, 37, pada 10 pagi di sebuah rumah di Kampung Berhala Banggu di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Hakim Nik Habri Muhamad membenarkan Md Syahrul Efendi diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam kes berasingan di mahkamah sama, seorang buruh kampung didakwa memukul abangnya menggunakan sebatang kayu hoki kanak-kanak di rumah mereka di Kampung Pengkalan Feri, Seberang Salor, pada 11 Mei lepas.

Mohd Zulakip Mohd Kori, 24, dituduh memukul Mohd Zulkharnain pada 7.30 pagi disebabkan perselisihan faham dan turut didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Hakim Nik Habri menetapkan 13 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh Md Syahrul Efendi dan Mohd Zulakip masing-masing diwakili peguam Ahmad Nurie Ab Rahman dan peguam Asmadi Abu Bakar.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619