ADN

Saringan kesihatan percuma DUN Seri Serdang Ahad ini

6 Jun 2024, 5:00 AM
Saringan kesihatan percuma DUN Seri Serdang Ahad ini
Saringan kesihatan percuma DUN Seri Serdang Ahad ini

SHAH ALAM, 6 JUN: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Selangor berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang pada Ahad ini.

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata program bermula 9 pagi hingga 3 petang itu diadakan di Dewan Serbaguna MBSJ, Seri Serdang.

"Orang ramai dipelawa menyertai inisiatif Selangor Saring yang menawarkan saringan kesihatan seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, barah, mata, telinga dan gigi," katanya.

Penduduk digalak membuat pra pendaftaran menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) kerana penilaian faktor risiko setiap individu melalui borang saringan awal di aplikasi tersebut.

“Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika mengalami sebarang masalah berkaitan pendaftaran,” katanya Facebook.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Program diperkenal bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619