AGENDA

Penuntut IPTA lemas mandi di kolam ikan tapak perkhemahan

3 Jun 2024, 12:34 PM
Penuntut IPTA lemas mandi di kolam ikan tapak perkhemahan

SEGAMAT, 3 JUN: Seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di daerah ini ditemukan lemas selepas mandi di kolam ternakan ikan di tapak perkhemahan Aminah Rahmat Agrofarm di sini, hari in.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menimpa mangsa lelaki berusia 23 tahun itu pada jam 11.12 pagi.

Beliau berkata mangsa bersama-sama 16 lagi rakannya sedang menyiapkan tugasan Pemasaran Digital kawasan rekreasi dengan mempromosikan lokasi berkenaan.

"Kesemua mereka tiba di tapak perkhemahan itu jam 6 petang semalam. Mangsa yang sepatutnya keluar dari lokasi kejadian pada jam 9 pagi ini bertindak mandi di kolam ternakan ikan pemilik tapak perkhemahan itu bersama-sama empat lagi rakannya, jam 10.30 pagi.

"Mangsa kemudiannya disedari lemas dan tenggelam oleh rakan-rakannya pada jam 11 pagi namun berjaya dijumpai semula 15 minit kemudian. Dia diberikan bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zamry berkata mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Segamat untuk proses bedah siasat dan pihaknya akan meneruskan siasatan kejadian lemas tersebut menerusi Siasatan Kematian Mengejut (SDR).

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619