AGENDA

Dua pelajar sekolah lemas mandi sungai di Segamat

16 Apr 2023, 8:16 AM
Dua pelajar sekolah lemas mandi sungai di Segamat

JOHOR BAHRU, 16 APRIL: Dua remaja lelaki ditemukan lemas selepas mandi di Sungai Pulau Jering di Kampung Bukit Tunggal di Segamat, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata mangsa Ahmad Muhammad Ibnu Hermee, 12, dan Muhammad Khalifi Kamaruzaman, 13, yang tinggal berjiran itu masing-masing merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jementah.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada keluarga mangsa pada 5.10 petang.

“Hasil siasatan yang telah dijalankan mendapati, kedua-dua mangsa disedari lemas oleh seorang daripada bapa remaja tersebut yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum meminta bantuan orang awam.

“Menerusi bantuan penduduk kampung, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan daripada sungai, namun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di sebuah klinik swasta berdekatan.

Ahmad Muhammad dan Muhammad Khalifi telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Bukit Tunggal, semalam.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619