PBT

MBSJ senggara ribuan pokok teduhan, pastikan keselamatan awam terjaga

30 Mei 2024, 8:00 AM
MBSJ senggara ribuan pokok teduhan, pastikan keselamatan awam terjaga
MBSJ senggara ribuan pokok teduhan, pastikan keselamatan awam terjaga

SUBANG JAYA, 30 MEI: Ribuan pokok teduhan sudah disenggara oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) setakat ini bagi mengelak kejadian tidak diingini dan memastikan keselamatan awam terjaga.

Datuk Bandarnya Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata pihaknya turut menyediakan peruntukan tambahan bagi melaksanakan kerja memangkas dan menyelenggara pokok-pokok yang berisiko tumbang.

[caption id="attachment_620068" align="aligncenter" width="739"] Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Ibu Pejabat MBSJ, Subang Jaya pada 22 Disember 2023. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI[/caption]

"MBSJ tekad senggara pokok teduhan dan mengelak kejadian pokok tumbang. Setakat Mei ini, kita telah memangkas kira-kira 8,000 pokok berisiko tumbang dan 7,000 pokok lagi hingga hujung tahun.

"Manakala, aduan penduduk berkenaan pokok berisiko tumbang, MBSJ akan menyemak keadaan di tapak dan menilai tahap risikonya sebelum tindakan seterusnya diambil," katanya.

Bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat MBSJ di sini, Mohd Fauzi turut menggesa penduduk memberishkan kawasan kediaman bagi mencegah kes denggi.

“Kes demam denggi ketika ini dicatatkan 4,736 kes iaitu peningkatan 52 peratus berbanding minggu epidemik sama tahun lalu sebanyak 3,116 kes.

“Justeru, kita menggesa masyarakat melaksanakan kempen pencegahan 10 minit, bergotong-royong memusnahkan lokasi potensi tempat pembiakan Aedes,” katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619