AGENDA

Peluang lihat manuskrip al-Quran tulisan tangan berusia ratusan tahun di festival turath

25 Mei 2024, 1:00 PM
Peluang lihat manuskrip al-Quran tulisan tangan berusia ratusan tahun di festival turath
Peluang lihat manuskrip al-Quran tulisan tangan berusia ratusan tahun di festival turath

SHAH ALAM, 25 MEI: Orang ramai dipelawa melihat manuskrip al-Quran tulisan tangan berusia ratusan tahun sempena Festival Turath Islami Selangor yang membuka tirainya esok.

Dato' Menteri Besar berkata Pameran Al-Wahyu di Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini boleh dikunjungi sepanjang festival hingga 2 Jun.

"Sempena Festival Turath Islami Selangor, orang ramai berpeluang melihat sendiri manuskrip mashaf al-Quran tulisan tangan yang telah berusia 500 tahun warisan dari alam Melayu Nusantara," tulis Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook.

Koleksi yang dibawa dari Muzium Al-Quran Narrathiwat, Thailand turut mempamerkan kitab dari Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan koleksi individu.

Naskhah al-Quran bertinta emas yang dihasilkan ketika pemerintahan Sultan Terengganu ke-9, Sultan Ommar Muazzam Riayat Shah sekitar tahun 1800 juga diperaga.

Festival siri kedua anjuran Kerajaan Selangor menampilkan lebih 20 ulama terkenal, tokoh agamawan dan akademik dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura dalam 12 acara utama dan dijangka disertai 30,000 peserta.

Maklumat lanjut boleh dicapai melalui laman web www.turathislamiselangor.com atau Facebook Festival Turath Islami Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619