AGENDA

Festival turath himpun 18 tokoh agama, ulama tersohor dari 12 hingga 20 Julai

9 Jul 2025, 1:34 AM
Festival turath himpun 18 tokoh agama, ulama tersohor dari 12 hingga 20 Julai
Festival turath himpun 18 tokoh agama, ulama tersohor dari 12 hingga 20 Julai
Festival turath himpun 18 tokoh agama, ulama tersohor dari 12 hingga 20 Julai

SHAH ALAM, 9 JULAI: Festival Turath Islami Selangor (FTIS) kali ketiga dari 12 hingga 20 Julai ini akan mengupas Kitab Dalail al-Khairat, yang menghimpunkan doa dan selawat penuh keindahan buat Nabi Muhammad SAW.

Program yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu juga akan menghurai dua lagi kitab iaitu Pengantar Ilmu Tafsir dan Tafsir Al-Jalalain: Surah-surah Pilihan, hasil penulisan dua ulama tersohor Jalaluddin al-Mahalli dan Jalaluddin as-Suyuti.

Program yang menampilkan 18 tokoh agama dan ulama tersohor itu akan menjalankan tiga sesi pengajian setiap hari bermula jam 9 pagi manakala sesi petang antara jam 4.45 petang hingga 8.45 malam.

Festival itu turut dimeriahkan dengan pameran sekurang-kurangnya 10 manuskrip kitab turath tulisan tangan berusia lebih 100 tahun di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor.

Pada 2023, kitab Ihya Ulumuddin tulisan Hujatul Islam Imam al-Ghazali dikupas dalam festival tersebut manakala naskhah Hadis 40 Imam Nawawi dipilih pada tahun berikutnya. Ribuan peserta termasuk dari luar negara memenuhi masjid negeri untuk mengikuti majlis ilmu itu.

Penganjuran festival tersebut adalah iltizam Kerajaan Negeri untuk menghidupkan khazanah turath Islam dalam kehidupan masyarakat.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman rasmi turathislamiselangor.com

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619