AGENDA

Tiga maut, enam cedera dalam kemalangan dua kereta di WCE

25 Mei 2024, 4:15 AM
Tiga maut, enam cedera dalam kemalangan dua kereta di WCE

IPOH, 25 MEI: Tiga maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 262.5 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Sabak Bernam menghala ke Changkat Jering di Taiping malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.11 malam berhubung kemalangan tersebut yang melibatkan kereta jenis Perodua Bezza dan Honda City.

“Mangsa yang meninggal dunia ialah penumpang wanita dalam kereta Honda City yang identitinya sedang dikenal pasti dan pasangan suami isteri berusia 37 serta 36 tahun yang berada dalam Proton Bezza.

“Ketiga-tiga mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata enam mangsa yang cedera iaitu lima kanak-kanak dan seorang wanita pula telah dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

“Semua yang cedera itu juga sedang dikenal pasti identiti mereka mereka,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619