PBT

Hampir 2,000 meriahkan Hari Klang Tanpa Kenderaan di Laman Seni Safari

19 Mei 2024, 7:44 AM
Hampir 2,000 meriahkan Hari Klang Tanpa Kenderaan di Laman Seni Safari

SHAH ALAM, 19 MEI: Hampir 2,000 pengunjung hadir memeriahkan program Hari Klang Tanpa Kenderaan yang diadakan di Laman Seni Safari hari ini.

Pelbagai program menarik disediakan kepada pengunjung antaranya senamrobik, Walk Hari Klang Tanpa Kenderaan, pertandingan Jejak Warisan Puspanita, pemeriksaan kesihatan dan pameran agensi.

Timbalan Datuk Bandar Mohd Zary Affendi Mohd Arif berkata penganjuran program hari ini adalah yang pertama diadakan dalam pentadbiran baharu Klang sebagai bandaraya.

"Klang sebuah kota lama yang penuh warisan sejarah mengalami perkembangan pesat seiring peredaran masa dan perubahan status daripada perbandaran kepada bandaraya.

"Sebagai majlis berstatus bandaraya, Klang akan terus membangun dan lestari selari dengan visinya Klang Bandaraya DiRaja dan Warisan Yang Mampan," ucapnya pada program tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619