AGENDA

Tujuh individu dikait serangan Balai Polis Ulu Tiram direman esok

17 Mei 2024, 12:52 PM
Tujuh individu dikait serangan Balai Polis Ulu Tiram direman esok

JOHOR BAHRU, 17 MEI: Tujuh individu yang ditahan awal pagi tadi kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini esok bagi mendapatkan perintah reman.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor CP M Kumar.

Tujuh individu terbabit termasuk lima anggota keluarga suspek, berumur antara 19 hingga 62 tahun, ditahan susulan serbuan yang dilakukan di kediaman keluarga suspek awal pagi tadi.

Dua lagi individu yang akan turut direman esok ialah dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dipercayai mempunyai kaitan dalam kes itu.

Dalam kejadian 2.45 pagi, dua anggota polis iaitu Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said maut selepas diserang seorang lelaki yang bersenjatakan parang dan merampas dua senjata api daripada anggota polis.

Seorang lagi anggota keselamatan cedera akibat ditembak dan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala lelaki yang merupakan suspek utama kes itu mati ditembak di lokasi kejadian.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619