AGENDA

Lapan disiasat berkait kes resit tertera perkataan hina Islam

17 Mei 2024, 11:30 AM
Lapan disiasat berkait kes resit tertera perkataan hina Islam

BALIK PULAU, 17 MEI: Polis merekodkan keterangan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kes resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata dua daripada lapan individu terbabit adalah pekerja restoran makanan segera itu.

"Siasatan lanjut masih dijalankan secara menyeluruh termasuk mengesan individu yang menulis perkataan menghina di bahagian remark atau nota pesanan tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Kelmarin, tular di media sosial satu hantaran gambar resit yang dikeluarkan sebuah restoran makanan segera di Kenari Avenue di sini dengan kenyataan menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi raja) di ruangan remark oleh seorang individu yang membuat pesanan.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619