AGENDA

Polis siasat hantaran laman sosial hina Islam

21 Mac 2025, 10:48 AM
Polis siasat hantaran laman sosial hina Islam

KUALA LUMPUR, 21 MAC: Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pemilik dan pengendali akaun Facebook yang disyaki mengeluarkan kenyataan menghina Islam di laman media sosial itu, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata laporan berhubung perkara itu dibuat oleh seorang individu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini, malam tadi.

“Hasil penelitian yang dijalankan mendapati bahawa hantaran tersebut mengandungi unsur yang boleh mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia dan mendatangkan kegusaran awam.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Razarudin berkata semakan mendapati hantaran tersebut mendapat 42 perkongsian dan 270 komen selain akaun Facebook berkenaan didapati masih aktif.

Terdahulu, tular di laman media sosial mengenai hantaran disyaki mengeluarkan kenyataan kontroversi yang mencabar askar dan umat Islam di Malaysia ke Gaza selain menyindir kecaman yang diberikan terhadap Israel sebagai tidak bermakna.

Kenyataan itu menimbulkan reaksi pelbagai pihak dan dianggap menyentuh sensitiviti agama.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619