AGENDA

Tubuh pasukan khas pantau, senggara pokok teduhan sekitar ibu negara

16 Mei 2024, 1:15 PM
Tubuh pasukan khas pantau, senggara pokok teduhan sekitar ibu negara
Tubuh pasukan khas pantau, senggara pokok teduhan sekitar ibu negara
Tubuh pasukan khas pantau, senggara pokok teduhan sekitar ibu negara

KUALA LUMPUR, 16 MEI: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata penubuhan pasukan itu akan melibatkan penyertaan pemegang taruh seperti badan bukan kerajaan, arboris (pakar tumbuhan berkayu) dan pakar dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Beliau berkata pasukan itu juga boleh mendapatkan maklumat serta kerjasama pakar atau meneroka sistem penanaman dan penyelenggaraan pokok secara mapan dari luar negara.

[caption id="attachment_632213" align="aligncenter" width="812"] Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa. Foto BERNAMA[/caption]

“Pasukan ini akan ditubuhkan dalam masa terdekat. Bagi langkah jangka pendek, kita sudah arahkan untuk menebang pokok-pokok yang dikenal pasti berisiko tumbang.

“Bagi langkah jangka panjang, kita perlu menilai semula semua aspek penanaman pokok teduhan termasuk spesies pokok, lokasi dan keluasan tanah sesuai selain tempoh pemantauan pokok yang sebelum ini dibuat setiap dua tahun, kita akan buat secara lebih kerap selepas ini,” katanya.

Dr Zaliha berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat berhubung kolam tadahan banjir (KTB) Kampung Bohol di sini hari ini.

Mengulas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu setiap pohon yang terpaksa ditebang digantikan dengan 100 pokok baharu, Dr Zaliha berkata pihaknya akan merujuk perkara itu kepada pakar tumbuhan bagi mengenal pasti jenis pokok, lokasi serta jumlah yang sesuai untuk ditanam.

[caption id="attachment_641652" align="aligncenter" width="805"] Kejadian pokok tumbang yang menyebabkan 17 kenderaan dihempap pokok berkenaan akibat hujan lebat dan angin kencang di Jalan Sultan Ismail pada 7 Mei 2024. Foto BERNAMA[/caption]

Pada 7 Mei lepas, kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang meragut nyawa seorang lelaki dan menghempap 17 kenderaan serta landasan Monorel di Jalan Sultan Ismail.

Terbaharu pada 13 Mei lalu, sebatang pokok tumbang di Jalan Pinang menyebabkan sebuah kenderaan polis pengiring Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusof mengalami kerosakan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619