AGENDA

Terengganu rekod lima kes strok, kelesuan haba setakat April

2 Mei 2024, 10:45 AM
Terengganu rekod lima kes strok, kelesuan haba setakat April

KUALA TERENGGANU, 2 MEI: Sebanyak tiga kes strok haba dan dua kes kelesuan haba dilaporkan berlaku di Terengganu setakat bulan lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Datuk Dr Kasemani Embong berkata kes tersebut melibatkan lima individu terdiri daripada kumpulan berisiko iaitu pelajar sekolah dan warga emas selain pekerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan anggota tentera.

Bagaimanapun beliau berkata setakat ini tiada kes kematian direkodkan akibat cuaca panas.

Menurutnya berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, daerah Besut, Setiu, Dungun dan Kemaman mencatatkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga dengan suhu harian antara 35 hingga 37 darjah Celcius.

"JKNT menasihatkan orang ramai terutama golongan berisiko seperti warga emas, pelajar sekolah, ibu hamil, pesakit kronik dan pekerja yang bertugas di luar supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah kesihatan sepatutnya," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Aidilfitri JKNT di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain Dr Kasemani berkata empat pesakit yang menerima rawatan di wad akibat keracunan makanan pada 28 April lepas telah dibenarkan pulang setelah pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun beliau berkata pihak JKNT masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan pesakit lain yang mungkin terdedah.

Menurutnya lima individu mengalami gejala cirit-birit dan muntah disyaki akibat memakan kuih ketayap yang dibeli di Pasar Bukit Payong di Marang dengan empat pesakit dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) manakala seorang lagi diberikan rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Bukit Payong.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619