BERITA UTAMA

MB sertai 2,000 pengunjung ke rumah terbuka Aidilfitri Hulu Kelang

28 Apr 2024, 10:00 AM
MB sertai 2,000 pengunjung ke rumah terbuka Aidilfitri Hulu Kelang
MB sertai 2,000 pengunjung ke rumah terbuka Aidilfitri Hulu Kelang

AMPANG, 28 APRIL: Kira-kira 2,000 pengunjung pelbagai kaum memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang 2024 di sini hari ini.

Bermula seawal 11 pagi di tapak bazar Ramadan MPAJ, majlis diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program anjuran Pejabat Penyelaras DUN dan ahli majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) turut hadiri penyelaras DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli dan Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad.

[caption id="attachment_639977" align="alignnone" width="866"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan duit raya kepada tetamu cilik pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Hulu Kelang di tapak bazar Ramadan MPAJ pada 28 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung, memenuhi permintaan mereka bergambar bersama selain menyampaikan duit raya kepada kira-kira 100 kanak-kanak.

Sebanyak 10 gerai menghidangkan pelbagai juadah antaranya cendol, murtabak, lemang, rendang, sate, apam balik, aiskrim, buah-buahan dan air balang disediakan untuk pengunjung.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619