AGENSI

Reruai hebah inisiatif negeri di rumah terbuka Aidilfitri Selangor Sabtu ini

25 Apr 2024, 11:00 AM
Reruai hebah inisiatif negeri di rumah terbuka Aidilfitri Selangor Sabtu ini
Reruai hebah inisiatif negeri di rumah terbuka Aidilfitri Selangor Sabtu ini
Reruai hebah inisiatif negeri di rumah terbuka Aidilfitri Selangor Sabtu ini

SHAH ALAM, 25 APRIL: Reruai hebahan Iltizam Selangor Penyayang (ISP) akan dibuka kepada pengunjung ketika sambutan rumah terbuka Aidilfitri negeri 27 April ini.

Bertempat di bandar Kuala Kubu Bharu, Ketua Setiausaha Sulit Dato' Menteri Besar Mohd Hidayat Mohd Sauffi berkata pengunjung juga berpeluang memohon secara terus inisiatif itu pada hari berkenaan.

"Meskipun ia adalah rumah terbuka tetapi kita masih memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat berhubung program atau inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri.

"Secara tidak langsung rakyat akan tahu pelbagai manfaat disediakan Kerajaan Selangor kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.

Menjelaskan berhubung aspek fasiliti, Mohd Hidayat berkata pengunjung tidak perlu khuatir kerana perkhidmatan 'buggy' dan bas disediakan bagi memudahkan pengunjung mendapat akses ke rumah terbuka.

"12 pihak berkuasa tempatan (PBT) bekerjasama menyumbang tenaga dan logistik bagi membantu melancarkan majlis ini nanti. Pengunjung tidak perlu bimbang kerana surau dan tandas bergerak juga disediakan.

"Ayuh, ramai-ramai memeriahkan rumah terbuka Aidilfitri Selangor dan manfaatkan fasiliti yang disediakan termasuk saksikan persembahan menarik artis antaranya Ella, Naim Daniel dan Ernie Zakri," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619