AGENSI

Bandar kaya sejarah antara faktor KKB jadi pilihan lokasi rumah terbuka

25 Apr 2024, 3:36 AM
Bandar kaya sejarah antara faktor KKB jadi pilihan lokasi rumah terbuka

SHAH ALAM, 25 APRIL: Keunikan dan warisan sejarah dimiliki Kuala Kubu Bharu (KKB) antara faktor bandar berkenaan dipilih sebagai lokasi rumah terbuka Aidilfitri Selangor pada 27 April.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Dato' Mohd Yazid Sairi menjelaskan kawasan itu juga mempunyai pelbagai tarikan pelancongan yang boleh memikat pengunjung ke sana.

"Selain bandarnya yang unik, bandar itu juga kaya nilai sejarah dan banyak lokasi pelancongan. Orang ramai juga boleh bermalam beberapa hari untuk mengunjungi tempat-tempat menarik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Yazid memberitahu pentadbiran negeri menyasarkan 25,000 pengunjung untuk memeriahkan rumah terbuka bertemakan Riuh Raya #KitaSelangor bermula jam 8 hingga 11 malam.

Jelasnya, program yang menyediakan juadah menarik di 48 gerai juga dihadiri Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari, barisan EXCO, pegawai Kerajaan Negeri dan ketua kampung.

"Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619