BERITA UTAMA

Program Gagasan Rumpun Selangor Hulu Langat Rabu hingga Jumaat

22 Apr 2024, 12:03 AM
Program Gagasan Rumpun Selangor Hulu Langat Rabu hingga Jumaat
Program Gagasan Rumpun Selangor Hulu Langat Rabu hingga Jumaat

SHAH ALAM, 22 APRIL: Orang ramai dijemput memeriahkan program Gagasan Rumpun Selangor daerah Hulu Langat selama tiga hari mulai Rabu.

Kehadiran Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah akan berkenan berangkat melawat Warung Roti Canai Teras Jernang, Kajang Wall Mural, Medan Sate Kajang dan Bangi Square 2.

Selain itu, Pasar Malam Downtown Jalan Reko, Laman Medan Selera Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Masjid Al-Ubudiah, Kampung Tasek Tambahan, Ampang.

Pelbagai program menarik di setiap lokasi seperti klinik bola sepak serta walkabout bersama pemain Selangor FC, persembahan silat, tarian, kebudayaan, muzik jalanan, rewang dan santapan kenduri.

[caption id="attachment_629667" align="alignnone" width="955"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyantuni peniaga Pasar Malam Bukit Sentosa pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di Bukit Beruntung pada 21 Februari 2024. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Raja Muda Selangor turut mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat, Pusat Permata Pintar, Rumah Pengasih Warga Prihatin di Sungai Ramal, Kilang Pemprosesan Sate Kajang Haji Samuri, Denai Sungai Langat, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Muda dan Empangan Semenyih.

Lawatan Tengku Amir Shah diteruskan ke Masjid Rinching Hulu Beranang, Institusi Perindustrian MARA Jepun (MJII), Projek Agro Bandar Melon ACE Pandan Jaya dan Pusat Anaerobic Digester MPAJ.

Gagasan Rumpun Selangor diperkenal bagi memperkukuh semangat perpaduan nasional dan sistem masyarakat di negeri ini.

Pelaksanaannya meliputi enam agenda utama iaitu karnival dan eksplorasi, dasar, lagu perpaduan serta penstrukturan dan pemerkasaan institusi kepimpinan kampung.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 memperuntukan RM4.5 juta bagi menjayakan Gagasan Rumpun Selangor di sembilan daerah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619