AGENDA

Liga hoki negeri kembali dianjur, cungkil bakat akar umbi

20 Apr 2024, 6:08 AM
Liga hoki negeri kembali dianjur, cungkil bakat akar umbi

PETALING JAYA, 20 APRIL: Selepas lima tahun menyepi, Liga Hoki Selangor TNB-QNET (SHL) akan kembali dianjurkan bermula hari ini hingga 2 Jun depan dalam usaha mencungkil bakat baru sukan hoki di tanah air.

Presiden Persatuan Hoki Selangor S. Ganesh berkata liga itu akan dipertandingkan dalam tiga Divisyen dan ia terbuka kepada semua peringkat umur untuk menyertai kejohanan berprestij itu.

“Kali terakhir ia diadakan pada 2019, disebabkan pandemik COVID-19 ia tergendala dan kembali pada tahun ini.

“Kita adakan liga ini untuk akar umbi, dan dengan dorongan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kita akan lebih giat adakan liga seperti ini,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Liga Hoki Selangor TNB-QNET (SHL) di QI Tower di sini hari ini.

Ganesh berkata Divisyen pertama akan menyaksikan lapan pasukan elit akan berentap manakala 10 pasukan bersaing di Divisyen 2 selain enam pasukan wanita akan berentap di Divisyen tiga.

Sementara itu, Pengurus Besar QNET B. Puspalatha berkata QNET bakal menjadi penaja utama bagi SHL yang telah menyalurkan tajaan berupa wang tunai untuk liga berprestij itu.

“Dalam sukan kami memang bersedia, bila mereka temui kami untuk Liga Hoki Selangor dan penajaan, kami memang berbesar hati dan menyokong mereka. Kami bersedia untuk memberi semula terutama kepada akar umbi industri sukan.

“Untuk SHL ini, kami menyalurkan tajaan wang tunai dan menyediakan lokasi untuk mereka adakan pelancaran seperti hari ini di QI Tower,” katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619