AGENDA

Warga Malaysia di Asia Barat diminta waspada susulan pembukaan semula ruang udara

16 Apr 2024, 11:27 AM
Warga Malaysia di Asia Barat diminta waspada susulan pembukaan semula ruang udara

PUTRAJAYA, 16 APRIL: Rakyat Malaysia di Asia Barat iaitu Iran, Iraq, Jordan dan Lebanon diingatkan supaya terus berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan di negara berkenaan susulan pembukaan semula ruang udara dan penyambungan semula operasi penerbangan di empat negara berkenaan, menurut Kementerian Luar.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan pada Selasa berkata adalah dijangkakan terdapat kemungkinan kelewatan penerbangan apabila operasi disambung semula secara berperingkat dan disesuaikan dengan protokol baharu.

"Pengembara Malaysia dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan sebarang kemungkinan gangguan jadual penerbangan dan disarankan untuk merancang perjalanan dengan sewajarnya," menurut kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, kerajaan Iran, Iraq, Jordan dan Lubnan telah mengumumkan pembukaan semula ruang udara dan penyambungan operasi penerbangan di negara masing-masing.

Terdahulu, media melaporkan penerbangan di kawasan berkenaan digantung sejak Sabtu selepas Iran melakukan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel sebagai tindak balas kepada pencerobohan Tel Aviv ke atas konsulatnya di Syria awal bulan ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619