AGENDA

Lima rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan bas di Tokyo

6 Apr 2025, 12:50 PM
Lima rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan bas di Tokyo

KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Lima rakyat Malaysia cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua bas pelancong di Lebuhraya Chuo di Hachioji, barat Tokyo pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar memaklumkan pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau rapi situasi berkenaan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo mengesahkan bahawa lima orang warganegara Malaysia berada di dalam kedua-dua bas itu.

“Kesemua mereka dilaporkan mengalami kecederaan ringan. Setelah menerima rawatan dan pemeriksaan di hospital, mereka telah dibawa pulang ke hotel mereka,” menurut Kementerian Luar.

Kementerian Luar yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra menyatakan bahawa insiden itu berlaku kira-kira 10.15 pagi berhampiran pintu masuk Terowong Kobotoke. Kemalangan itu membabitkan dua bas yang membawa 47 penumpang, kebanyakannya warga asing yang dalam perjalanan bersama dari Stesen JR Tokyo menuju ke Tasik Kawaguchi di Wilayah Yamanashi.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah bas melanggar bahagian belakang bas di hadapannya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619