BERITA UTAMA

Selangor tubuh hab reka bentuk litar bersepadu, sedia ekosistem semikonduktor lengkap

15 Apr 2024, 10:09 AM
Selangor tubuh hab reka bentuk litar bersepadu, sedia ekosistem semikonduktor lengkap
Selangor tubuh hab reka bentuk litar bersepadu, sedia ekosistem semikonduktor lengkap

SHAH ALAM, 15 APR: Selangor akan menubuhkan hab reka bentuk litar bersepadu (IC) bagi menyediakan ekosistem industri semikonduktor yang lebih lengkap di negara ini, kata EXCO pelaburan.

Ng Sze Han berkata hab reka bentuk IC itu akan turut melatih bakat baharu tempatan dalam bidang berkaitan sekali gus membuka ratusan peluang pekerjaan baharu.

Beliau menjelaskan dalam rangka lawatan kerja enam hari ke wilayah Suzhou, Shenzhen dan Hong Kong baru-baru ini delegasinya menghadiri 21 mesyuarat dan mengadakan pertemuan serta libat urus dengan 16 syarikat semikonduktor serta 10 agensi berkaitan.

[caption id="attachment_637821" align="aligncenter" width="835"] EXCO Pelaburan Ng Sze Han (enam dari kanan) ketika mengadakan lawatan kerja enam hari ke wilayah Suzhou, Shenzhen dan Hong Kong. Foto Facebook Ng Sze Han[/caption]

“Selangor akan melangkah ke hadapan untuk membina ekosistem semikonduktor yang lebih lengkap di negara ini dengan menubuhkan hab reka bentuk IC yang menempatkan ratusan jurutera reka bentuk IC,” katanya menerusi Facebook.

Dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) sebelum ini Sze Han berkata Selangor akan mengumumkan pelan pembangunan semikonduktor bagi menjana potensi pelaburan tinggi ke negeri itu.

Menurutnya pelan yang akan diumum Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam masa terdekat itu menyediakan ekosistem industri semikonduktor lebih baik berbanding sebelum ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619