AGENDA

PM: Malaysia adakan mesyuarat khas susulan ketegangan Iran-Israel

14 Apr 2024, 10:33 AM
PM: Malaysia adakan mesyuarat khas susulan ketegangan Iran-Israel

SHAH ALAM, 14 APRIL: Malaysia akan mengadakan satu mesyuarat khas petang ini susulan ketegangan yang berlaku antara Iran dan Israel.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mesyuarat berkenaan membabitkan beberapa jemaah menteri dan pegawai bagi merangka pelan tindakan.

"Mengenai peperangan berlaku antara Iran dan Israel yang berpunca daripada serangan Israel ke atas kedutaan Iran, ini melanggar undang-undang antarabangsa.

"Pelanggaran sudah pasti mengundang tindak balas, jadi kita akan adakan mesyuarat khas jam 6 petang ini bersama beberapa jemaah menteri dan pegawai berkenaan untuk merangka tindakan yang perlu diambil untuk meredakan keadaan.

"Tetapi di peringkat antarabangsa perlu menuntut dijamin penyelesaian kedamaian di timur tengah kerana apa yang berlaku disana menjejaskan keamanan dan ekonomi dunia," katanya selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa dan majlis sambutan kelahiran Dr Ambedkar ke-133 di IDCC di sini, hari ini.

Terdahulu, Iran memaklumkan telah melancarkan berpuluh-puluh dron dan peluru berpandu ke Israel.

Perkara itu disahkan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) negara itu selepas Israel berkata Teheran telah memulakan serangan ke atasnya.

Serangan itu merupakan susulan selepas serangan Israel ke atas konsulat Iran di Syria membunuh tujuh anggota IRGC pada 1 April lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619