AGENDA

PM hulur sumbangan tunai ringankan beban nelayan terjejas pendapatan

27 Feb 2025, 5:27 AM
PM hulur sumbangan tunai ringankan beban nelayan terjejas pendapatan

KUALA LUMPUR, 27 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan wang tunai kepada seorang nelayan di Pahang, bagi meringankan bebannya dan keluarga yang sedang diuji kerana pendapatan terjejas.

Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada Supian Saman, 39, di Kampung Darat Sungai Ular, Cherating, ketika mengunjungi rumahnya bersempena dengan Ziarah Madani.

“Hidup sebagai nelayan bukan mudah, apatah lagi apabila laut bergelora. Saya turut dimaklumkan sudah empat hingga lima bulan mereka tidak dapat turun ke laut kerana ombak kuat menyebabkan pendapatan seharian terjejas teruk,” kata Ahmad Farhan menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata keadaan rumah Sufian juga serba daif dengan dinding semakin rapuh, malah bumbung juga seolah-olah tidak mampu menahan hujan lebat.

Justeru, beliau berkata pihaknya dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Pahang akan membantu membaik pulih rumah Supian supaya lebih selesa dan selamat untuk didiami.

Sementara itu, Ahmad Farhan berkata program Ziarah Madani bukan sekadar menziarahi, tetapi ia juga membawa harapan kepada mereka yang memerlukan bantuan.

“Diharapkan Encik Supian sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudah segala urusan,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619