BERITA UTAMA

Peluang menangi wang tunai RM10,000 menerusi pertandingan fotografi MBSA

14 Apr 2024, 10:00 AM
Peluang menangi wang tunai RM10,000 menerusi pertandingan fotografi MBSA
Peluang menangi wang tunai RM10,000 menerusi pertandingan fotografi MBSA

SHAH ALAM, 14 APRIL: Orang ramai berpeluang membawa pulang wang tunai keseluruhan RM10,000 menerusi Pertandingan Fotografi Shah Alam 2024 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, pertandingan bertema mercu tanda, alam semulajadi, gaya hidup dan pemandangan malam di sekitar bandaraya Shah Alam yang bermula sejak 25 Mac berakhir 31 Ogos.

“Jom ramai-ramai sertai pertandingan ini untuk merebut hadiah wang tunai. Borang dan syarat pertandingan boleh melayari www.mbsa.gov.my,” katanya menerusi Facebook.

Hadiah yang ditawarkan bagi kategori awam adalah RM2,000 bagi johan diikuti RM1,500 (naib johan), RM1,000 (tempat ketiga) dan saguhati RM200 untuk lima pemenang.

Bagi kategori profesional, johan akan membawa pulang RM2,000 diikuti RM1,500 (naib johan), RM1,000 (tempat ketiga).

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam di talian 03-5510 5133 sambungan 1430 atau 1777.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619