AGENDA

Aliran trafik lebuh raya ke Lembah Klang sesak takat 10 malam

13 Apr 2024, 3:16 PM
Aliran trafik lebuh raya ke Lembah Klang sesak takat 10 malam

KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang sesak malam ini susulan warga kota pulang dari kampung halaman selepas cuti Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata setakat 10 malam, aliran trafik dari utara menuju ke Lembah Klang padat antaranya di Alor Setar Selatan ke Gurun, Sungai Petani Selatan ke Bertam, Seberang Jaya ke Perai, Juru ke Taiping, Simpang Pulai ke Tapah, Bidor ke Sungkai dan Bukit Beruntung ke Sungai Buaya.

Beliau berkata bagi laluan dari arah selatan ke Lembah Klang, aliran trafik perlahan di Yong Peng ke Pagoh, Jasin ke Bemban, Ayer Keroh ke Simpang Ampat dan Pedas Linggi ke Port Dickson.

“Dari arah pantai timur di Lebuhraya Pantai Timur 2 trafik sesak di Kuala Dungun ke Kerteh dan Kawasan Rehat dan Rawat Paka ke Kuantan,” katanya ketika dihubungi.

Aliran trafik turut dilaporkan sesak di Lebuhraya Pantai Timur 1 menuju ke Lembah Klang akibat pertambahan kenderaan di Lancang menuju ke Karak, Karak menuju ke Lentang dan Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619