AGENDA

Aliran trafik dari Pantai Timur ke ibu kota sesak, utara, selatan terkawal

14 Apr 2024, 2:15 PM
Aliran trafik dari Pantai Timur ke ibu kota sesak, utara, selatan terkawal

KUALA LUMPUR, 14 APRIL: Aliran trafik di lebuh raya dari pantai timur menuju Lembah Klang masih sesak malam ini manakala trafik dari utara dan selatan semakin terkawal.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata setakat 9 malam ini, bagi pantai timur kenderaan memenuhi lebuh raya dari Lancang ke Karak.

“Kesesakan berlaku menuju hingga ke Plaza Tol Gombak,” katanya ketika dihubungi.

Menurut jurucakap berkenaan aliran trafik dari utara dan selatan menuju ke Lembah Klang dilaporkan dalam keadaan terkawal dan kesesakan hanya berlaku di beberapa lokasi antaranya di Sungai Petani ke Sungai Dua, Gua Tempurung ke Tapah dan Tanjung Malim ke Bukit Beruntung.

“Kesesakan turut berlaku dari Simpang Ampat ke Senawang dan menuju Seremban,” katanya.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619