BERITA UTAMA

Hampir 20,000 guna van transit di lapan zon, negeri hasrat perluas operasi

8 Apr 2024, 6:00 AM
Hampir 20,000 guna van transit di lapan zon, negeri hasrat perluas operasi
Hampir 20,000 guna van transit di lapan zon, negeri hasrat perluas operasi
Hampir 20,000 guna van transit di lapan zon, negeri hasrat perluas operasi

SHAH ALAM, 8 APRIL: Sebanyak 19,918 penumpang dicatat menggunakan perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) Mobiliti Selangor di lapan zon setakat 31 Mac.

EXCO Mobiliti Ng Sze Han berkata 40 peratus pengguna memilih pergi dan balik dari lebih 30 stesen kereta api seperti Sistem Transit Aliran Ringatn (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT).

“Ini menggambarkan usaha mewujudkan perkhidmatan DRT untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam berada di landasan yang betul.

“Ia juga menepati hasrat Kerajaan Selangor menjadikan pengangkutan awam mod pengangkutan utama di bawah agenda Mobiliti Selangor,” katanya.

Perkhidmatan DRT beroperasi di Puchong, Subang Jaya, Ampang, Petaling Jaya Selatan, Petaling Jaya Utara Hulu Kelang, Sungai Buloh dan Universiti Putra Malaysia (UPM)-Serdang, sejak diperkenalkan 30 November lalu.

[caption id="attachment_588392" align="aligncenter" width="755"] EXCO Pengangkutan Awam Ng Sze Han (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Badanbas Coach Sdn Bhd Ibrahim Aiman Mohd Nadzmi bergambar di hadapan van transit atas permintaan (DRT) Mobi di SS15 Subang Jaya pada 21 Jun 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Sze Han berkata Kerajaan Negeri akan terus memperluas sistem DRT di zon pengangkutan awam utama sekali gus membantu mengurangkan kadar kesesakan jalan raya di Lembah Klang.

“Pengguna boleh mendaftar dan menggunakan perkhidmatan tersebut dengan melayari laman sesawang dua syarikat operator yang dilantik iaitu Mobi dan Trekrides,” katanya.

Sebelum ini Sze Han memaklumkan DRT fasa dua akan dilaksana Jun atau Julai ini antara lain menumpukan kawasan padat pelajar.

[caption id="attachment_606949" align="aligncenter" width="808"] EXCO Pengangkutan Awam Ng Sze Han (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Badanbas Coach Sdn Bhd Ibrahim Aiman Mohd Nadzmi menunjukkan aplikasi Mobi bagi van transit atas permintaan (DRT) di SS15 Subang Jaya pada 21 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619